Quantcast
Channel: Hisham Ahmad » belanjawan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Ralat : Artikel Isu 9

$
0
0

Assalamualaikum.

Ralat. Artikel tulisan saya bagi isu no 9 di Majalah Usrati tersilap diterbitkan. Artikel yang tersiar ialah draf awal ketika merangka isi penulisan.

Isu 9 : Ralat dalam ruangan Hikmah

Isu 9 : Ralat dalam ruangan Hikmah

Bagi pembaca yang ada membaca di Majalah Usrati Bil 9, ruangan Hikmah, ini adalah artikel yang sepatutnya diterbitkan.

Maaf atas kekhilafan.

——————

Rancanglah Kewangan Keluarga

Oleh : Nor Hisham Bin Ahmad

Senario di Mahkamah Syariah.

“Kenapa hendak bercerai?” Soalan ditanya oleh Hakim kepada si isteri yang membuat permohonan perceraian di Mahkamah Syariah.

“Sebab kami sudah tiada persefahaman?” Jawab si isteri. Skema jawapan yang sering diberikan samada pihak isteri mahupun suami.

“Boleh nyatakan lebih khusus? Tiada persefahaman ni terlalu umum”. Penjelasan diminta kepada si isteri.

Bila diselidiki, ternyata jawapan tiada persefahaman itu kebanyakannya adalah jawapan yang diberi untuk menyelindungkan permasalahan sebenar yang dialami oleh pasangan yang membuat permohonan. Malahan bukan sedikit sebenarnya masalah keretakan rumahtangga adalah kerana masalah kewangan. Untuk isu kali ini saya ingin berbicara tentang pengurusan kewangan dalam sesebuah rumahtangga.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di atas mukabumi.”

Antara peranan khalifah ialah mentadbir dan menguruskan alam ini. Pengurusan dan pentadbiran itu mencakupi segenap aspek dan termasuklah pengurusan kewangan di dalam sesebuah rumahtangga.

Ketua Keluarga

Keluarga akan membentuk masyarakat. Jika baik keluarga, baiklah masyarakatnya. Keluarga yang berpecah belah menjadikan masyarakatnya pincang. Mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera itu bukanlah semudah yang dikata. Jika nilai agama bukan menjadi tunjak utama, tidak mustahil keluarga yang dibina akan porak peranda. Penghayatan agama meliputi seluruh aspek kehidupan dan termasuklah dalam menguruskan kewangan keluarga.

Suami atau bapa merupakan tunjang utama dalam sesebuah keluarga. Menjadi tanggungjawab seorang suami atau bapa itu untuk memelihara dan membimbing keluarga agar menuju ke jalan yang diredhai Allah sekaligus terselamat daripada cengkaman api neraka. Firman Allah S.W.T :

“Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”( At-Tahrim : 6 )

Di bahu lelaki ini juga terletaknya tanggungjawab menyara keluarga.Quwwah itu antara ciri terpenting. Pemberian nafkah adalah satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah. Akibat kepincangan dalam mencari dan memberi nafkah ,yang berkait rapat dengan pengurusan kewangan keluarga inilah menjadi salah satu punca mengapa berlakunya keruntuhan institusi keluarga. Justeru, pengurusan kewangan bukanlah perkara yang boleh dianggap enteng. Ilmu berkaitan pengurusan kewangan perlu dicari dan diamalkan. Ilmu ini bukan sahaja perlu dikuasai oleh suami, bahkan turut kepada para isteri yang selalu bertindak sebagai Menteri Kewangan dalam rumahtangga. Kedua-duanya saling berusaha merancang dan mengurus kewangan dengan sebaiknya. Pada isu ini sedikit tips yang akan saya berikan sebagai panduan.

Tips Dan Panduan

Dalam menguruskan kewangan keluarga, beberapa perkara perlu dititikberatkan. Berikut antara panduan dalam pengurusan kewangan keluarga.

  1. Ketahui Belanjawan Keluarga

Sepanjang pengalaman saya berdasarkan masalah rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan apabila menyentuh tentang kewangan, pasangan ini tidak cakna atau ambil tahu tentang pendapatan keluarga dan juga perbelanjaan bulanan. Disebabkan itu wujudnya perselisihan hingga boleh membawa kepada perceraian. Pasangan tidak berbincang dalam menentukan belanjawan keluarga. Masing-masing menyangka wang sentiasa cukup dan berbelanja semahu mungkin. Bilamana mengalami kesuntukan wang, sukar berbincang dan bermulalah pergaduhan.

 

Perlu dijadikan amalan kepada setiap pasangan untuk membuat rekod pendapatan dan perbelanjaan wajib bagi setiap bulan. Perancangan dalam belanjawan keluarga ini perlu dibuat sedari awal lagi dan bukannya apabila ketika timbul masalah. Kaedah perancangan kewangan dengan *Sistem Sampul antara kaedah yang boleh digunakan.

  1. Berbelanja Mengikut Kemampuan

Pengaruh media sosial, persekitaran, rakan-rakan dan kegagalan menetukan keutamaan dalam berbelanja turut memberi kesan kepada gaya hidup masa kini. Malahan dengan kecanggihan teknologi kini, cabaran gaya hidup semakin mencabar.
Keinginan untuk memiliki ataupun mengikuti gaya hidup orang lain adalah perangkap yang amat berbahaya. Ukur baju di badan sendiri hanya sekadar peringatan kosong dan tidak dijadikan panduan dalam menentukan corak perbelanjaan.
Sebelum berbelanja, tentukan dulu keutamaan agar penyesalan tidak datang kemudian. Ingatlah walaupun kadangkala jumlah pendapatan kita sama dengan rakan yang lain, namun perbelanjaan dan tanggungan adalah berbeza. Tidak semestinya A mampu membeli sesuatu barangan bermakna kita juga mampu jika hanya diukur mengikut pendapatan. Tahan nafsu daripada berbelanja sesuatu yang bukan penting. Antara caranya, menggunakan *Sistem Sampul.

 

  1. Pengurusan Hutang

Kakitangan Kerajaan antara golongan yang mudah terjebak dengan pembiayaan peribadi. Ini adalah disebabkan untuk mendapat kelulusan pembiayaan adalah amat mudah. Lanjutan daripada terpengaruh dengan gaya hidup untuk lebih bergaya ataupun memenuhi keinginan yang bukan keperluan, pembiayaan peribadi sering menjadi pilihan.

Berhutang itu perlu dilihat kepada kepentingannya. Dalam beberapa perkara kita tidak dapat mengelakkan diri daripada berhutang seperti pembelian rumah dan kenderaan. Namun, bagi perkara-perkara yang bersifat keinginan semata, ia hendaklah dielakkan.

  1. Simpanan Dan Perlindungan

Berapa banyak daripada hasil pendapatan yang diperolehi yang disimpan dan digunakan bagi tujuan perlindungan? Ada yang memberi pendapat agar disimpan 10% daripada pendapatan di dalam akaun simpanan. Ada yang meletakkan peratusan yang lebih tinggi iaitu sehingga 25%. Apa yang penting dalam membuat simpanan ini pastikan ia dibuat dan secara berdisiplin. Simpanan inilah yang akan digunakan dalam waktu kecemasan bilamana kita tidak mempunyai pilihan kaedah penyelesaian yang lain.

Perlindungan takaful juga perlu sebagai langkah-langkah kecemasan. Apa yang berlaku di masa hadapan tidak kita ketahui. Eloklah berjaga-jaga dan mengambil langkah persediaan terlebih dahulu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Belanja Berkekalan

“Apabila mati seorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan juga doa anak yang soleh” ( Hadith Riwayat Muslim)

Sebagai peringatan, ketika kita menguruskan kewangan, jangan dilupakan untuk menyediakan peruntukan bagi pemberian sedekah. Sedekah yang kita berikan ini insyaAllah ada ganjarannya daripada Allah dan itulah sebenar-benarnya harta yang kita miliki. Amalkan memasukkan duit ke dalam tabung masjid dan juga memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Buat akhirnya, dalam merancang perbelanjaan antara sifir yang perlu digunakan ialah mengurangkan perbelanjaan semampu mungkin dan berusaha menambahkan pendapatan. Menambah pendapatan ini antaranya dengan kaedah pelaburan yang mematuhi syariah. Di sinilah perlunya merujuk kepada mereka yang pakar di dalam bidangnya. Usah tergopoh-gopoh mengejar kekayaan sedangkan cara dan kaedahnya berlawanan dengan batasan syarak.

 

*Sistem Sampul

Perbelanjaan ditentukan mengikut kategori dan dimasukkan di dalam sampul yang berlainan. Penggunaan hanya terhad kepada jumlah wang yang dimasukkan di dalam sampul tertentu.Jika ada lebihan, wang tersebut dimasukkan di dalam simpanan. Perancangan perlu dibuat setiap bulan bagi menentukan jumlah peruntukan bagi perbelanjaan yang berkaitan.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.